BERITA
| :: BENGKEL SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI | |
Bengkel Sayembara Deklamasi Puisi telah diadakan pada 4 Ogos 2008 bertempat di Dewan Perpustakaan KEMENTAH. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk menyampaikan puisi dengan cara yang betul. Seramai 26 orang peserta dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia telah menghadiri bengkel ini.
Encik Borhan Md Zain dari GAPENA telah dijemput sebagai pembimbing pada hari tersebut. Tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada peserta bengkel kali ini dapat memberi semangat dan panduan yang berguna kepada peserta dalam mendeklamasikan Puisi masing-masing menjelang hari pertandingan iaitu pada 5 dan 6 Ogos 2008. |
|