SEDUTAN KHUTBAH BULANAN

1. ILMU MENJANA KEMAJUAN UMMAH

Islam menganjurkan umatnya agar mencari ilmu di samping mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran demi mempertabatkan diri, masyarakat agama dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan aset utama dalam kehidupan setiap insan. Islam telah meletakkan kedudukan ilmu pengetahuan sebagai pencetus kebahgiaan manusia di dunia dan akhirat. Ilmu berada pada tahap yang tinggi dalam membina tamaddun kehidupan manusia. tanpa ilmu pasti hidup kita berada dalam kemunduran dan kemiskinan.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran dalam membezakan antara kemajuan dan kemunduran sesuatu bangsa. Firman Allah SWT melalui surah az-Zumar ayat 9 yang bermaksud: "...Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna:.

Ilmu pengetahuan juga merupakan unsur penting dalam usaha kita mencapai tahap kesempurnaan iman kepada Allah Taalla kerana kedudukan ilmu tidak dapat dipisahkan dengan amalan yang dilakukan oleh seseorang muslim untuk memelihara imannya.

Sesungguhnya dengan ilmuhidup kita menjadi lebih teratur dan terarah. Para Hukama' ada menyebutkan bahawa: "Sesungguhnya insan bukanlah semata-mata diukur pada keturunan, kedudukan, kekayaan,, rupa paras atau warna kulit semata-mata, tetapi ianya dinilai dari segi keilmuan, keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT".

Sesunggguhnya Alllah SWT telah memberikan jaminan kepada hamba-hambanya yang berilmu, beriman dan beramal kepadanya dengan mendapat darjat yang tingggi. ini kerana dengan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan keimanan yang teguh akan melahirkan insan yang mulia di sisi Allah. Firman Allah di dalam Surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud: "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pegetahuan beberapa darjat dan (ingatlah) Alllah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan".

 

2. BERSYUKUR TANDA KEHAMBAAN

Keimanan dan kesyukuran adalah lambang darjat ketakwaan yang tinggi di sisi Allah SWT. Insan yang bersyukur di atas segala limpahan nikmat telah dijanjikan oleh Allah SWT keselamatan kehidupan di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya hhamba yang bersyukur terhadap nikmat Allah ialah hamba yang mengiktiraf dengan penuh keikhlasan dan keyakinan bahawa nikmat itu datangnya dari Allah SWT.

Seterusnya untuk membuktikan kesyukuran itu dijelmakan dalam kehidupannya dengan menjadi hamba yang sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala tuhan kamu memaklumkan: Demi sesungguhnya jika bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya jjika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azabku amatlah pedih".

Kenapa manusia megah dan sombong dengan kehebatan, kekayaan dan kemewahannya sehingga tidak pedulikan perintah Allah SWT. Lupa bahawa nikmat yang dimiliki kepunyaan Allah yang diberi pinjam buat sementara sahaja.

Kita melihat di dunia, Allah menimpakan berbagai-bagai malapetaka dan bala bencana, gempa bumi, ribut taufan, Thunami, penyakit dan berbagai-bagai lagi penderitaan adalah disebabkan sikap manusia itu sendiri, ingkar untuk patuh, tidak tunduk dan taat terhadap perintah Allah SWT.

Dengan penuh keinsafan, marilah kita berazam memperbaiki kehidupan dengan menjadi seorang hamba yang memenuhi tuntutan Allah. Sentiasalah mencari kerdhaanNya dan keampunanNya.

 

3.   SEMBAHYANG PEMANGKIN KEJAYAAN

Perkataan sembahyang atau solat memang mudah disebut. Mendirikannya pun agak mudah kerana ia hanya mengambil masa 5 ke 10 minit sahaja setiap waktu. Tidak sesukar latihan ketenteraan.

Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Ubadah bin Somit bermaksud: "Apabila seseorang hamba memelihara sembahyangnya dengan menyempurnakan wudhu', ruku', sujud dan bacaannya. Sembayang itu kelak akan berkata kepadanya: Semoga Allah SWT memlihara kamu sebagaimana kamu memelihara saya". Kemudian sembahyang tersebut diangkat ke langit dalam keadaan ia bercahaya dan apabila ia sampai kepada Allah ia memberi syafa'at kepada tuannya". (At-Thobrani)

Al-Nukman bin Mukrin, panglima perang yang dilantik oleh Saidina Omar Al-Khatab semasa pembukaan Kota Rom telah mengarahkan seluruh anggota tentera pimpinannya supaya berwudhu' dan mendirikan sembahyang sebelum mula bertempur. Hasilnya, mereka berjaya membuka kota Rom, manakala Al-Nukman berjaya mendapat syahid sepertimana yang diidamkan. justeru, ingatlah bahawa ketaatan kita kepada Allah SWT adalah elemen utama dalam menjana kekuatan dan merupakan pemangkin kecemerlangan. Menyedari hakikat inilah telah menjadikan Solahuddin Al-Ayubi, Panglima perang yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis, hanya memilih tenteranya yang bangun malam mengerjakan solat tahajud untuk menyertai misi pembebasan Al-Quds, hasilnya mereka berjaya dengan cemerlang.

 

4. PENYAKIT UMMAH

Oleh Kapt Helmi Masiran

 Firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 23:

“Katakanlah (wahai Muhammad) Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur”.

             Biasanya kebanyakan manusia pernah menghidap bermacam-macam penyakit, ada penyakit yang ringan dan ada penyakit yang berat, yang menyebabkan terganggu kesihatan dan terganggu kekuatan tenaga dan kecerdasannya.

             Penyakit-penyakit jasmani, seperti demam, selsema, batuk, sakit kepala dan sebagainya amat mudah diketahui senang pula dirawat dan banyak ubatnya. Tetapi ada penyakit-penyakit lain yang menyerang manusia dan sedang merebak di kalangan umat terutamanya umat Islam hari ini yang sukar dirawat dan sukar pula diubati, kerana penghidap-penghidap penyakit ini tidak terasa apa-apa dan tidak tahu jika ia dihinggapi penyakit.

             Penyakit yang menyerang seseorang dari dalam yang memberi kesan kepada akal fikirannya, perasaan dan emosinya. Penyakit yang dimaksudkan itu ialah penyakit sosial masyarakat atau penyakit ummah.

             Sehubungan dengan hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang ertinya:

“Bahawa sesungguhnya umatku akan ditimpa penyakit umat atau penyakit sosial masyarakat. Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah penyakit umat itu ya Rasulullah?” Sabdanya, “Iaitu penyakit kufur nikmat Allah. Penyakit sombong dan bongkak, penyakit tamak haloba, penyakit persaingan sesama kita sendiri untuk merebut kemewahan dunia, penyakit hasad dengki hingga berlaku kezaliman dan menimbulkan huru-hara”.

             Begitulah penyakit yang menyerang umat Islam di akhir zaman ini, seperti yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis tersebut. Penyakit ini dinamakan penyakit umat atau yang dikenal dikalangan kita sebagai penyakit sosial masyarakat.

 

5   FUNGSI ZIKIR

Oleh Mej Hj Azmi bin Wahab

Zikir mempunyai beberapa pengertian, antaranya ia bererti “ingat”. Ketika kita berdiri, duduk, berbaring, makan, minum, berehat, bekerja dan seumpamanya mengingati sedetik kepada Allah, itu adalah zikrullah. Perbuatan itu adalah paling terpuji di sisi Allah, kenapa? Kerana Allah menciptakan manusia dan melengkapkannya dengan akal dan ingatan yang tujuan utamanya adalah untuk mengingatinya. Orang sebegini mempunyai kesedaran yang amat tinggi punya akal dan pemikiran yang sihat dan segar. Sebaliknya amatlah keji di sisi Allah manusia yang dilengkapkan alat peringatan tetapi tidak ingat akan Allah. Rahmat serta nikmatnya tetapi yang diingati adalah anak isteri, harta, rumahtangga, kerja, makan minum serta perkara yang dapat memenuhi selera nafsu dan keinginan semata.

             Selain dari zikir juga bererti "sebut”. Bila seseorang ingat akan Allah lalu dari mulutnya keluar suara atau perkataan yang membesar, memuji atau mensucikan Allah. Maka suara, perkataan penyebutan itu juga dinamakan zikrullah. Lima kalimah yang amat ringan tetapi amat disenangi oleh Allah dan disukai olehNya ialah Subhanallah, Alhamdulillah. La Ilaha IIIallah. Allahu Akhbar. La Haula Wala Quwwata Iilah Billah. Menyebut kalimah-kalimah tersebut dengan penuh kesedaran keinsafan dan penghayatan merupakan amalan zikrullah yang akbar.

             Seterusnya zikir bererti “merenungi dan mempelajari secara mendalam”. Bila kita membaca dan merenungi ayat-ayat al-Quran atau ayat-ayat Allah yang berupa alam yamg luas terbentang serta isi-isinya sampai kita merasakan kehebatan kebesaran keagungan Allah Rabbul Jalil apa lagi sampai ke tahap mengeluarkan airmata kesedaran, maka itu juga adalah zikrullah sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal iaitu orang-orang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari api neraka”.