Ringkasan Perkhidmatan Pegawai | Ringkasan Perkhidmatan Askar Laskar | Gaji Dan Elaun | Syarat-Syarat kelayakan AM | Syarat-Syarat kelayakan Akedemik | Dokumen Dan Keperluan Untuk Permohonan Kemasukan | Cara Memohon | Pengambilan Terkini
  Ringkasan Perkhidmatan Pegawai
 
 



 
 

RINGKASAN PERKHIDMATAN PEGAWAI ATM
(Kategori perkhidmatan pegawai-pegawai ATM ialah: Pegawai Tauliah Jangka Pendek dan Pegawai Tauliah Tetap)

 

Pegawai Tauliah Jangka Pendek


Perkhidmatan - Ditauliahkan selama 10 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun. Permohonan menyambung perkhidmatan selepas 13 tahun boleh dimajukan ke pihak atasan untuk pertimbangan dan kelulusan. Boleh memohon sebagai Pegawai Tauliah Tetap selepas berkhidmat selama 5 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Pegawai Kadet - Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda atau setaraf.
Pegawai Graduan - Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan atau setaraf.
Pegawai Tugas Ikhtisas - Akan ditauliahkan dengan pangkat Kapten atau setaraf.
Kenaikan Pangkat - Setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.

Senarai Tugas - Pegawai-pegawai terbahagi kepada kategori senarai seperti berikut:

  • Senarai Tugas Am >> Pegawai-pegawai yang ditauliahkan daripada Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan yang ditauliahkan secara terus.
  • Senarai Tugas Ikhtisas >> Pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran/kelulusan profesional di dalam bidang-bidang tertentu dan ditauliahkan secara terus.
  • Senarai Tugas Khas >> Pegawai-pegawai yang ditauliahkan secara terus daripada askar laskar (anggota biasa) kepada pegawai.

Pegawai Tauliah Tetap

Perkhidmatan - Jangkamasa perkhidmatan adalah tetap sehingga umur persaraan (mengikut pangkat) dan berpencen. Pegawai-pegawai lulusan ATMA akan ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Tetap dengan pangkat Leftenan atau setaraf.

Pangkat(Setaraf)

Umur

Senarai Tugas Am/Khas

Lelaki

Perempuan

Kolonel dan keatas

55

55

Leftenan Kolonel

52

52

Mejar

50

50

Kapten dan ke bawah

45

45

Semua Peringkat

55

55

 
Ringkasan Perkhidmatan Pegawai | Ringkasan Perkhidmatan Askar Laskar | Gaji Dan Elaun | Syarat-Syarat kelayakan AM | Syarat-Syarat kelayakan Akedemik | Dokumen Dan Keperluan Untuk Permohonan Kemasukan | Cara Memohon