Kor Agama Angkatan Tentera

(KAGAT)

 

SEJARAH

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 16 April 1985. KAGAT  merupakan kor yang ke-16 di dalam Tentera Darat Malaysia. Penugasan perkhidmatannya adalah meliputi ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia)
 

Sejarah awal penubuhan KAGAT telah bermula pada tahun 1979 dan keputusan menubuhkannya telah dipersetujui oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke 197 pada 24 Januari 1980. Pada 29 November 1984 persidangan MAT ke 238 telah meluluskan Skim Perkhidmatan KAGAT dan pada 29 Mac 1986 persidangan MAT ke 249 telah meluluskan Syarat-Syarat Pertukaran Perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam kepada Kor Agama Angkatan Tentera.

Kesedaran ke arah penubuhan KAGAT dan pengiktirafan peranan KAGAT di dalam ATM merupakan satu semangat, kesedaran dan iltizam kerajaan Malaysia untuk meninggikan syiar dan penghayatan Islam khususnya di dalam ATM.

 

 

Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia

Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Telefon : 03-20715236

Fax : 03-26940688