Kor Agama Angkatan Tentera

(KAGAT)

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya telah diberi mandat dan amanah untuk meneruskan kesinambungan pemerintahanan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) . Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan tertinggi ATM atas kepercayan dan penghormatan yang diberikan kepada saya untuk memimpin Kor Agama Angkatan Tentera. Saya berazam dan berjanji untuk meneruskan kesinambungan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Brigedier Jeneral Dato' Hj Najmi bin Hj Ahmad dan Pengarah terdahulu. Saya juga akan mengembeling tenaga dan pemikiran ke arah pembangunan mapan dan jitu demi masa depan gemilang. Saya memohon ke hadrat  Allah taufiq hidayah serta inayahNya agar membimbing dan memandu warga KAGAT  dalam memikul amanah tugas yang besar ini.

 

PERINTAH ULUNG PENGARAH KAGAT

Mej Jen Dato' Hj Jamil Khir bin Hj Baharom

Halatuju untuk membentuk sebuah organisasi agama yang kredibel, mantap dan berarus perdana mestilah direalisasikan. Justeru, selaku Pengarah KAGAT, adalah menjadi hasrat dan cita-cita saya  serta cita-cita seluruh warga KAGAT agar KAGAT berupaya lahir sebagai sebuah perkhidmatan keagamaan yang 'versatile'  dan sentiasa ke hadapan dalam apa jua tindakan. KAGAT juga hendaklah menjadi pemangkin kerohanian Islam dalam bersikap proaktif, positif dan komited dalam mencapai misi dan visi perjuangan.

 

Dalam memimpin ke arah mencapai objektif ini, saya menggariskan prinsip 6M yang perlu diberi tumpuan oleh semua warga KAGAT.

Prinsip Pertama : Musharatah (Menepati Syarat Kejayaan)

Perinsip Kedua :  Mu'atabah (Menghakis Sifat-Sifat Buruk)

Perinsip Ketiga : Mu'aqabah (Mengekal Tindakan Yang Benar Secara Berterusan)

Perinsip Keempat : Muraqabah (Mengawal Diri Secara Berterusan)

Perinsip Kelima : Muhasabah (Menilai Diri)

Perinsip Keenam : Mujahadah (Berusaha Bersungguh-Sungguh)

 

  
  
 
 
 
 
  

Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia

Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Telefon : 03-20715804