PEMILIHAN TERBUKA UNTUK JAWATAN PERAJURIT MUDA LELAKI

KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA SIRI 165/2008

 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki Kor Agama Angkatan Tentera. Mereka yang berjaya dalam pemilihan awal akan ditawarkan untuk menghadiri sesi pemilihan akhir dan seterusnya bagi yang berjaya akan menjalani latihan asas ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

 1.         Butir-Butir Jawatan.

            a.         Pangkat                                    -  Prebet

            b.         Kementerian/Jabatan                -  Kementerian Pertahanan

            c.         Kumpulan Perkhidmatan           -  Sokongan

            d.         Klasifikasi Perkhidmatan           -  Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia

            e.         Taraf Jawatan                           -  Tetap

            f.          Fungsi Bidang                           -  Melaksanakan tugas-tugas Perkhidmatan   

                                                                           Angkatan Tetap, Angkatan Tentera

                                                                           Malaysia.

 2.         Jadual Gaji                          Matriks Gaji

            Gred Z1 : Band 1                 P1T1 RM 889.20 - P1T13 RM 1590.24

                                                         P2T1 RM 949.33 - P1T13 RM 1670.89

                                                         P3T1 RM 1011.19 - P3T13 RM 1753.51

 3.         Syarat Lantikan 

             a.         Warganegara Malaysia.

            b.         Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 23 tahun pada

                        16 Okt 2008

 4.         Akademik.

            a.         Kelayakan Akademik Untuk Jawatan Prebet Lelaki

            (1)        Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu pada peringkst peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Z1 Band 1: P1T1)

            (2)        Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Z1 Band 1: P1T3).

(3)        Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang pertukangan yang berkenaan  atau kelayakan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan  dan kepujian Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred Z1Band 1: P1T4).

            b.         Kelayakan Akademik Untuk Jawatan Prebet Lelaki Kor Agama Angkata Tentera.

            (1)        Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperikasaan tersebut dan Sijil Rendah Agama dari Sekolah Menengah Agama Bantuan Penuh Kerajaan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Rendah Agama dari Sekolah Menengah Agama Bantuan Penuh Kerajaan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada   Gred Z1 Band 1: P1 T3).

 (2)        Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Rendah Agama dari Sekolah Menengah Agama Bantuan Penuh Kerajaan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred Z1 Band 1: P1T3).

             d.         Fizikal

                         a.         Tinggi               - Minimum 1.57m bagi lelaki (tanpa sepatu).

                         b.         Berat                - Minimum 47.5 kg.

                         c.         Ukuran Dada    - Minimum 76sm.

                        d.         Body Mass       (           Berat kg         )  - 18 -26.9

                                    Index (BMI)      (Tinggi m x Tinggi m)

 6.         Kesihatan

             a.         Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh pegawai perubatan kerajaan   termasuk pemeriksaan x – ray.

             b.                  Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna.

 7.         Kerjaya

             Perajurit Muda juga berpeluang dinaikkan ke pangkat seperti di bawah setelah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan yang telah ditetapkan.

 

Pangkat

Gaji (RM/Sebulan)

a.

Prebet

- RM 889.20    - RM 2275.71

b.

Lans Koperal

- RM 1175.68 - RM 2551.98

c.

Koperal

- RM 1234.47 - RM 2926.12

d.

Sarjan

- RM 1514.22 - RM 3155.03

e.

Staf Sarjan

- RM 1682.44 - RM 3328.92

f.

Pegawai Waren II

- RM 2084.41 - RM 3454.52

g.

Pegawai Waren I

- RM 2303.64 - RM 3619.48

 9.         Gaji Perajurit Muda.

             RM 821.86 akan dibayar sepanjang tempoh menjalani latihan asas ketenteraan.

 10.       Kemudahan dan keistimewaan

            a.                   Pakaian seragam percuma.

b.                  Rawatan perubatan percuma.

c.                   Rawatan pergigian percuma.

d.                  Perkhidmatan dobi dan jahitan percuma.

e.                   Kemudahan pinjaman perumahan.

f.                    Kemudahan pinjaman kenderaan.

g.                   Kemudahan pinjaman computer.

h.                   Kemudahan rumah keluarga.

i.                     Asrama bujang.

j.                    Cuti tahun.

k.                  Waren perjalanan cuti tahun bersama keluarga.

 11.       Anggota yang memasuki perkhidmatan Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

 * Calon-calon juga mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/juvana atau dadah. Bagi calon-calon yang masih menjadi saksi dalam kes-kes perbicaraan mahkamah, kemasukan ke dalam ATM adalah ditangguhkan sehingga selesai.

 * Calon-calon adalah diingatkan agar membuat persiapan dalam aspek keergasan jasmani kerana akan diuji dengan ujian asas jasmani (Tekan Tubi, Lompat Setempat dan Larian).

SIJIL DAN DOKUMEN. Calon-calon yang berminat dijemput hadir ke Pusat-pusat Pemilihan yang telah di tetapkan selewat-lewatnya pada jam 0830 pagi. Calon lelaki dikehendaki berpakaian sukan (baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstokin). Calon juga dikehendaki membawa bersama alat tulis dan dokumen/sijil ASAL serta fotostat seperti berikut:

a.         Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) atau Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) dalam keadaan baik. Bagi Pemegang Kad Pengenalan sementara (JPN 9) kemasukan ke dalam ATM adalah ditangguhkan sehingga Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) diperolehi .

b.         Sijil Daftar Kelahiran.

 c.         Sijil Akademik atau Slip Keputusan Peperiksaan. Slip Keputusan Peperiksaan hanya dipertimbngkan bagi calon yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2007 ke atas sahaja.

 d.         Sijil Berhenti Sekolah.

 e.         Calon-calon dikehendaki membawa bersama sampul surat berukuran 5 x 9 inci bersetem RM 0.50 sen dan beralamat sendiri.

 

JADUAL DAN PUSAT PEMILIHAN PERAJURIT MUDA LELAKI KAGAT SIRI 165/2008

 

Bil

Tarikh

Tempat Pemilihan

Catatan

(a)

(b)

(c)

(e)

 

 

  ZON SELATAN 

   

1.

28 Jul 08

SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

 

2.

29 Jul 08

SMK Teknik, Sg Buloh, Selangor.

 

3.

30 Jul 08

SMK Sri Pangkalan, Alor Gajah

 

4.

31 Jul 08

SMK Sagil, Muar

 

5.

01 Ogos 08

SMK Seremban Jaya, Seremban

 

 

 

  ZON UTARA 

 

6.

29 Jul 08

SMK Tinggi Bukit Mertajam

 

7.

30 Jul 08

SM Teknik Kangar

 

8.

31 Jul 08

Sek Model Khas Bukit Jenun, Pendang

 

9.

01 Ogos 08

SMK Clifford, Kuala Kangsar

 

 

 

ZON TIMUR

 

10.

30 Jul 08

SMK Bukit Sawa, Kuala Berang

 

11.

31 Jul 08

SMK Tengku Indera Petra 2, Gua Musang

 

12.

01 Ogos 08

SMK Dong, Raub, Pahang

 

 

 

  NEGERI SABAH

 

13.

27 Jun 08

Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu

 

 

 

 

 

 

 

  NEGERI SARAWAK

 

14.

21 Jun 08

Dewan Suarah, Bau