|
Secara
amnya program ini bertujuan untuk memperkembangkan
pengetahuan siswa-siswa di dalam bidang
sejarah, politik, ekonomi, perundangan,
kemasyarakatan dan isu-isu antarabangsa.
Program direkabentuk untuk memberikan
42 jam pendedahan (contact hours) bagi
setiap subjek. Program berkembar MTAT-UM
ini adalah diwujudkan khas untuk siswa-siswa
yang sedang mengikuti kursus MTAT dan
juga dipelawakan kepada bekas-bekas
graduan MTAT.
Syarat Kelayakan
- Syarat
kemasukan tertakluk kepada:
- Ijazah
kepujian Universiti Malaya atau kelayakan
yang setaraf dengannya dari Institusi
lain yang diluluskan oleh Senat.
-
Ijazah Am Universiti Malaya atau kelayakan
yang setaraf dengannya dari institusi
yang diluluskan oleh Senat dan pengalaman
bekerja selama tiga tahun.
-
Dalam keadaan tertentu, Senat UM boleh,
atas perakuan Fakulti Sastera dan
Sains Sosial menerima sebagai calon,
Pegawai MTAT yang tidak mempunyai
kelayakan yang dinyatakan di atas
tetapi mempunyai syarat berikut:
-
Berpangkat Mejar atau Kapten yang
kanan atau setaraf.
Bidang Kursus Untuk
Program ini
Setiap subjek mengandungi 28 syarahan
dan 14 tutorial/seminar di mana setiap
siswa diwajibkan hadir. Subjek-subjek
yang ditawarkan adalah seperti berikut:
-
Kertas Penyelidikan dan Methodologi
Penyelidikan.
-
Pengajian Malaysia.
-
Hubungan Antarabangsa.
-
Keselamatan dan Pembangunan.
-
Hal Ehwal Dalam Negara dan Serantau.
-
Pengajian Strategik dan Ketenteraan.
Penilaian dan Peperiksaan.
Semua
subjek, kecuali Kertas Penyelidikan
dan Methodologi Penyelidikan, dinilai
dengan cara berikut:
-
Setiap siswa dikehendaki menulis satu
essei mengandungi 2,000 perkataan
untuk setiap subjek. Markah untuk
essei ini adalah 30% dari subjek berkenaan.
-
Peperiksaan akhir bertulis selama
2 hingga 3 jam untuk setiap subjek
di akhir kursus ini. Markah untuk
lulus peperiksaan ini adalah 70%.
For Research Methodology and Research
paper course, the assessment will be
on the Research Paper (also known as
the Commandant's Paper). The paper will
consist of between 10,000 to 12,000
words. The marks awarded will be 100%.
There is no written examination for
this course.
|