Maktab Pertahanan Angkatan Tentera(English) | Maktab Turus Angkatan Tentera | Akademi Angkatan Tentera Malaysia | Pusat Latihan Pengaman Malaysia(English) | Maktab Tentera Diraja
.Pengenalan | Kurikulum | Program Berkembar | Pencapaian
  Kurikulum Kursus
 


Bahasa pengantar kursus ini adalah di dalam Bahasa Inggeris. Kurikulum kursus yang dijalankan selama 49 minggu ini direkabentuk supaya mencabar kematangan intelek dan membina watak yang teguh mengenai cabaran tugas-tugas staf dan pemerintahan. Ia juga memberi peluang kepada siswa-siswa mempamerkan bakat kepimpinan dan kecenderungan kepada tugas- tugas staf apabila dilantik memegang jawatan-jawatan tertentu semasa eksesais, projek Kajian, aktiviti sosial dan sukan.

SILIBUS

Kursus ini lebih menitikberatkan kepada pengajian ketenteraan di mana 60% adalah diberi penekanan untuk tujuan ini dan 40% untuk pengajian akademik Universiti Malaya. Pengajian akademik MTAT-UM dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah Universiti Malaya dan juga juruarah-juruarah MTAT. Modul kursus yang dilaksanakan di MTAT boleh dikumpulkan di bawah pengajian teras seperti berikut:

  1. Pengajian Staf Am

    Modul ini dilaksanakan sepenuhnya oleh juruarah Maktab. Perkara yang di ajar adalah:
    'Arms and Services'.

  2. Tugas Staf.

  3. Perisikan (Darat, Laut dan Udara, khas kepada perkhidmatan).

  4. Latihan (Darat, Laut dan Udara, khas kepada perkhidmatan).

  5. Pengajian Kepimpinan

    Pengajian ini dilaksanakan gabungan sama oleh staf UM dan MTAT. Bidang-bidang yang di ajar adalah:
    • Kepimpinan dan Pemerintahan (oleh staf MTAT).
    • Sains Pengurusan.
    • Komunikasi.
    • Media.
    • Kertas Komandan. (Modul UM)


  6. Pengajian Peperangan

    Modul ini dijalankan oleh staf Maktab dan penilaian untuk `Peace Support Operations’ adalah sebahagian dari modul UM. Bidang-bidang yang diajar adalah:
    • Operasi Darat (untuk Tentera Darat dan Polis).
    • Peperangan Laut (untuk Tentera Laut).
    • Operasi Udara (untuk Tentera Udara).
    • Peperangan Bersama.
    • `Peace Support Operations’ (Modul UM).
    • 'Aid to Civil Power'.


  7. Pengajian Strategik

    Modul ini dijalankan secara keseluruhannya oleh pensyarah UM. Bidang-bidang pengajian di dalam modul ini adalah:
    • Kertas Penyelidikan & Methodologi Penyelidikan.
    • Pengajian Malaysia.
    • Hubungan Antarabangsa.
    • Keselamatan dan Pembangunan.
    • Hal Ehwal Dalam Negara dan Serantau.
    • Pengajian Strategik dan Ketenteraan.

  8. Keselamatan dan Pembanguan (KESBAN)

    Modul ini dikendalikan oleh juruarah MTAT dan penilaian di beri oleh UM.


AKTIVITI BUKAN AKADEMIK

Maktab menitikberatkan aktiviti sampingan walaupun bukan akademik, tetapi penting di dalam perkembangan kerjaya siswa-siswa. Justeru itu penyertaan di dalam pelbagai jenis sukan, permainan, aktiviti sosial dan keagamaan yang dirancang dan dilaksanakan oleh jawatankuasa siswa-siswa adalah digalakkan, diperhati dan dinilaikan.