| |
Markas
ATM |
 |
|
|
|
| |
 |
|
| |
Markas
Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah
markas pemerintahan tertinggi yang diketuai
oleh seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan
Jeneral. Beliau bertindak sebagai perancang
korporat, menyelaraskan segala aspek operasi
dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan
dan melapor terus kepada Panglima Angkatan
Tentera. Struktur organisasi Markas ATM
disusun mengikut kod antarabangsa seperti
berikut:
SEKRETARIAT
BAHAGIAN
PERKHIDMATAN
ANGGOTA (J1)
BAHAGIAN
OPERASI DAN LATIHAN PERTAHANAN (J3)
BAHAGIAN
LOGISTIK PERTAHANAN (J4)
BAHAGIAN
PERANCANGAN PERTAHANAN (J5)
BAHAGIAN
KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK PERTAHANAN
(J6)
BAHAGIAN
PERKHIDMATAN KESIHATAN (J9)
|
|
|
|
| |
Sekretariat |
 |
|
|
|
| |
 |
|
| |
Bertanggungjawab
dalam tugas-tugas sekretarial seperti
pentadbiran, urusan protokol dan melakukan
tugas-tugas koordinasi seperti menjadi
anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan
lembaga ATM.
|
|
|
|
| |
Bahagian
Operasi & Latihan |
 |
|
|
|
| |
 |
|
| |
Bahagian
ini dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu
Bilik Gerakan Pertahanan, Cawangan Latihan
dan Cawangan Pemetaan. Bahagian ini bertanggungjawab
dalam merancang, mengkoordinasi dan mengawasi
latihan-latihan yang dijalankan bersama
dengan agensi-agensi kerajaan yang lain
atau dengan angkatan tentera luar negeri.
Setakat ini beberapa latihan dan eksesais
dua hala dan berbilang hala telah berjaya
dilaksanakan. Antara negara-negara yang
terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia,
New Zealand, United Kingdom dan negara-negara
ASEAN.
|
|
|
|
| |
Bahagian
Logistik |
 |
|
|
|
| |
 |
|
| |
Bahagian
Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan
untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga
Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi,
Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan
peranan untuk merancang,pembangunan,
penggubalan dasar, bantuan dan latihan
bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan
bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan
sumber-sumber logistik di dalam ATM.
Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua
Staf (AKS) berpangkat Brigedier Jeneral
atau setaraf.
Bahagian ini mempunyai 7 Cawangan di
bawahnya dan piagam bagi setiap satu
adalah seperti berikut:
Cawangan Dasar Logistik. Cawangan ini
bertanggungjawab untuk merancang dan
menggubal dasar-dasar logistik untuk
mencapai sistem logistik yang efektif
dan efisien merangkumi bidang-bidang
pergerakan dan pengangkutan, sumber
material, kejuruteraan,bekalan, stor
ordnans, peralatan pengswastaan dan
perumahan ATM.
Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik.
Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas
pengurusan logistik serta pengurusan
kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit
3 khidmat di bawahnya.
CawanganPerancangan Dan Operasi Bersama.
Cawangan ini bertanggungjawab ke atas
perancangan dan pembangunan logistik
di dalam ATM. diperingkat nasional dan
antara bangsa serta Bantuan Logistik
kepada Operasi dan Eksesais AT di dalam
konteks bersama.
Cawangan Perumahan Dan Pembinaan. Cawangan
ini berfungsi sebagai stafdan agensi
perlaksanaan bagi projek-projek pembangunan
dan penyelenggaraan.Peranannya adalah
untuk menyediakan keperluan perumahan
dan pembangunan teknikal, dan juga fasilitas
AT. Ia juga menguruskan penyelenggaraan
kem-kem dan fasilitas AT.
Projek
Simpanan Petrolleum. Tim Projek bertanggungjawab
kepada Jawatankuasa Panglima-Panglima
di dalam semua perkara ketenteraan dan
keperluan bantuan operasi (Petroleum)
dan Jawatankuasa Pemandu Petroleum ATM
di dalam semua Sistem Bantuan Petroleum
sehingga ke tahap akhir operasi depot.
Cawangan
Penguasa Katalog ATM. Peranan utama
cawangan ini adalah untuk menyelaras,
mengawal dan menyatukan serta mengembangkan
'NATO CodificationSystem' di dalam pengurusan
inventori ketiga-tiga perkhidmatan ATM
dan mengembang ke Jabatan Kerajaan lain
apabila berupaya berbuat demikian.
Cawangan
Sistem Komputer Logistik. Cawangan Sistem
Komputer Logistik (CSKL) berfungsi untuk
menyelaras keperluan pengkomputeran
dibidang logistik untuk ketiga-tiga
Perkhidmatan.
|
|
|
|
| |
Bahagian
Perancangan Pertahanan |
 |
|
|
|
| |

|
|
| |
Bertanggungjawab
dalam tugas-tugas sekretarial seperti
pentadbiran, urusan protokol dan melakukan
tugas-tugas koordinasi seperti menjadi
anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan
lembaga ATM.
PERANAN
Bahagian ini berperanan untuk memberi
kemudahan komunikasi termasuk penghantaran
persuratan/utusan ATM secara efektif dan
efisien disamping menyelaraskan hal-hal
elektronik, komputer, pengurusan maklumat
ATM, peperangan elektronik dan informasi.
BIDANG TUGAS KOMLEK bertanggungjawab
dalam perkara-perkara berikut :
BIDANG
TUGAS
KOMLEK bertanggungjawab dalam perkara-perkara
berikut :
Menyelaras
semua aspek sistem komunikasi dan elektronik
bantuan pemerintahan dan kawalan dalam
melaksanakan operasi latihan.
Menggubal
dan mengemaskini dasar, doktrin dan
prosedur komunikasi dan elektronik peperangan
dan latihan bersama serta gabungan.
Merancang
dan menyelaraskan pembangunan aset serta
prosedur peperangan elektronik dan informasi
ATM termasuk penyediaan doktrin, pangkalan
data dan penyeragaman sistem dan prosedur
KESKOM serta kriptografi.
Menentukan
penyeragaman semua aspek elektronik
dan teknologi alat-alat komunikasi dan
elektronik termasuk alat-alat radar
dan pengesan menerusi piawaian untuk
mewujudkan 'inter-operability'.
Mengurus
semua sistem komunikasi strategik dan
perhubungan trunk, termasuk sistem P4
dan telefon.
Mengkoordinasi
dan membangunkan sistem maklumat pengurusan
ATM.
Bekerjasama
dengan semua agensi kerajaan dan swasta
berhubungkait dengan hal-hal komunikasi
dan elektronik bagi kepentingan ATM.
Menyelaraskan
pengurusan dan pelaksanaan fungsi Lembaga
Perhubungan Pertahanan (Defence Signal
Board).
Bekerjasama
dengan negara-negara sahabat keatas
semua aspek komunikasi dan elektronik
bagi kepentingan bersama, melalui Kelompok
Kerja dan Jawatankuasa Kecil.
Wakil
ATM dalam 'Frequency Assignment Committee
Singapore, Malaysia and Brunei' (FACSMAB).
Wakil
ATM dalam 'Telecommunication Coordinating
Committee' (TTC).
Menyelaraskan
semua pembangunan dan pengurusan Sistem
Komputer ATM, termasuk sebagai ahli
tetap kepada Jawatankuasa Teknologi
Maklumat KEMENTAH.
|
|
|
|
| |
Bahagian
Perkhidmatan Kesihatan |
 |
|
|
|
| |

 |
|
| |
Bertanggungjawab
dalam tugas-tugas sekretarial seperti
pentadbiran, urusan protokol dan melakukan
tugas-tugas koordinasi seperti menjadi
anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan
lembaga ATM.Perkhidmatan
Kesihatan mempunyai peranan 3 perkhidmatan
iaitu perkhidmatan Tentera Darat, Laut
dan Udara.
- Organisasi
Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada
:
-
Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan
Kesihatan, Markas Medan, Markas Divisyen,Markas
Briged dan Batalion dan Rejimen.
-
Organisasi Medan.
-
Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
-
Organisasi Pergigian.
-
Organisasi Kesihatan.
Organisasi Latihan
OBJEKTIF
- Memelihara
kekuatan tempur Angkatan Tentera Malaysia.
PERANAN
Peranan
Perkhidmatan Kesihatan ATM adalah:
-
Promosi dan Pengekalan Kesihatan.
-
Mencegah kejadian penyakit.
-
Menjaga, Merawat dan Rehabilitasi
yang cedera dan sakit.
-
Memberi latihan.
Carta
organisasi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan
adalah seperti berikut:
WAWASAN
Wawasan
Kor dan Perkhidmatan Kesihatan ATM adalah:
Bahawasanya Kor dan Perkhidmatan Kesihatan
ATM adalah komited untuk
memandang sekitaran penjagaan kesihatan
berkualiti dan cemerlang dimana:
-
Semua yang diamanahkan penjagaan kepada
kita dengan bangga memandang Perubatan
Tentera sebagai sumber pilihan penjagaan
kesihatan mereka.
- Ahli
profesional penjagaan kesihatan memandang
Perubatan Tentera sebagai wadah yang
lebih baik untuk mencapai perkembangan
dan
kepuasan iktisas mereka.
-
Organisasi penjagaan kesihatan memandang
Perkhidmatan Kesihatan ATM sebagai
contoh kecemerlangan.
-
Pemerintah formasi dan medan memandang
Perkhidmatan Kesihatan ATM sebagai
berkebolehan memberi penjagaan kesihatan
yang optimum, cepat dan menyeluruh
kepada tentera mereka dalam
masa aman dan perang.
-
Warga Kor dan Perkhidmatan Kesihatan
kita sendiri memandang diri kita sebagai
warga berharga kumpulan penjaga kesihatan
terbaik negara.
SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN PEGAWAI PERUBATAN/PERGIGIAN
UNTUK MEMASUKI PERKHIDMATAN KESIHATAN
ANGKATAN TENTERA
Syarat-syarat
kelayakan adalah seperti berikut:
-
Warganegara Malaysia.
-
Umur - berumur kurang dari 30 tahun
pada waktu permohonan dibuat. Walaubagaimana
pun kalau telah melebihi 30 tahun
tetapi, masih dibawah umur 40 tahun
boleh dipertimbangkan.
-
Taraf Kesihatan - Mestilah cukup sihat
untuk menjalani perkhidmatan tentera.
Lulus
dalam Bahasa Malaysia diperingkat SPM/MCE/OSC.
- Mestilah
lulus tapisan keselamatan.
Memiliki ijazah dalam Ilmu Perubatan/Pergigian
daripada universiti tempatan atau
kelayakan perubatan/pergigian yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan
berdaftar dengan Majlis Perubatan
Malaysia/Majlis Pergigian Malaysia.
GAJI DAN ELAUN Gaji dibayar
mengikut kelulusan dan kelayakan serta
pangkat yang disandang.
- Kemudahan
elaun adalah seperti berikut:
-
Kepakaran yang diiktiraf (sekiranya
ada).
-
Tentera.
-
Elaun Pakaian.
-
Elaun jika tiada peruntukan perumahan.
-
Elaun Khidmat.
-
Lain-lain elaun yang layak.
PELBAGAI
-
Kursus kepakaran.
Kursus kepakaran akan dipertimbangkan
sekiranya mempunyai syarat-syarat
yang dikenakan.
-
Had Tamat Perkhidmatan.
Mengikut tarikh tamat perkhidmatan
(TTP).
-
Pencen, gaji dan lain-lain faedah.
Dibayar kepada pegawai yang dapat
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
-
Tatatertib.
Adalah tertakluk kepada peraturan
tatatertib dan undang-undang Angkatan
Tentera.
|
|
|
|
| |
Organisasi |
 |
|
|
|
| |
 |
|
| |
Markas
Angkatan Tentera Malaysia (MK
ATM) adalah markas pemerintahan
tertinggi yang diketuai oleh
seorang Ketua Staf berpangkat
Leftenan Jeneral. Beliau bertindak
sebagai perancang korporat,
menyelaraskan segala aspek operasi
dan pentadbiran ketiga-tiga
perkhidmatan dan melapor terus
kepada Panglima Angkatan Tentera.
Struktur organisasi Markas ATM
disusun mengikut kod antarabangsa
seperti berikut
SEKRETARIAT
BAHAGIAN
PERKHIDMATAN ANGGOTA (J1)
BAHAGIAN
OPERASI DAN LATIHAN PERTAHANAN
(J3)
BAHAGIAN
LOGISTIK PERTAHANAN (J4)
BAHAGIAN
PERANCANGAN PERTAHANAN (J5)
BAHAGIAN
KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK PERTAHANAN
(J6)
BAHAGIAN
PERKHIDMATAN KESIHATAN (J9)
|
|
|
|
|
|
|