Feedback
Feedback Form
Nama Penghantar
Email Penghantar
Mesej/Komen
Untuk mempertingkat serta membangunkan angkatan tentera ke tahap yang dinyatakan ini akan memerlukan kos tinggi serta memakan masa yang panjang. Namun begitu, TD sedang berusaha untuk mengorak langkah ke arah mencapai tahap tersebut. Perlu diingatkan bnhawa pemodenan sebuah angkatan tentera ridak akan dapat dilakukan dalam sekelip mata. la memerlukan pengharmonian antara manusia, mesin dan kaedah (man, machine and methods) serta pengurusan perubahan yang progresif serta efektif. Persiapan utama adalah pemodenan ke arah mewujudkan Divisyen Bersepadu atau 'Combined Arms' oleh kerana pola masa hadapan menjurus ke arah peperangan aturgerak berbanding cara statik yang dianggap cara tradisional. Perwujudan divisyen ini nanti akan dapat mempertingkatkan kemampuan serta daya atur gerak yang tinggi di samping kuasa tembakan maksimum dengan sistem P4 yang efisyen untuk menghadapi ancaman masa hadapan. Ini adalah pendekatan simetri* yang akan di ambil oleh TD, Tindakan serta pendekatan ini akan diperlengkapkan dengan ancaman tidak simetri* melalui Operasi Unit Kecil (OUK) bagi mematahkan daya tempur serta semangat melawan. Kombinasi kedua-dua pendekatan ini akan mewujudkan sebuah angkatan tentera yang anjal, fleksibel serta muktamad. Rancangan untuk memperlengkapkan pasukan-pasukan TD sedang giat diperlaksanakan melalui perolehan sistem-sistem berasaskan teknologi maklumat, kereta perisai berunut ACV-300 dari Turki, meriam sederhana dari A