|
Pegawai Tauliah Jangka Pendek
Perkhidmatan - Ditauliahkan selama 10
tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan
selama 3 tahun. Permohonan menyambung perkhidmatan
selepas 13 tahun boleh dimajukan ke pihak atasan
untuk pertimbangan dan kelulusan. Boleh memohon
sebagai Pegawai Tauliah Tetap selepas berkhidmat
selama 5 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.
Pegawai Kadet - Akan ditauliahkan dengan
pangkat Leftenan Muda atau setaraf.
Pegawai Graduan - Akan ditauliahkan dengan
pangkat Leftenan atau setaraf.
Pegawai Tugas Ikhtisas - Akan ditauliahkan
dengan pangkat Kapten atau setaraf.
Kenaikan Pangkat - Setelah menghadiri
kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan
pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh
pegawai atasan.
Senarai
Tugas - Pegawai-pegawai terbahagi kepada
kategori senarai seperti berikut:
-
Senarai Tugas Am. (Pegawai-pegawai yang ditauliahkan
daripada Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan
yang ditauliahkan secara terus).
-
Senarai Tugas Ikhtisas. (Pegawai-pegawai yang
mempunyai kepakaran/kelulusan profesional
di dalam bidang-bidang tertentu dan ditauliahkan
secara terus).
-
Senarai Tugas Khas. (Pegawai-pegawai yang
ditauliahkan secara terus daripada askar laskar
(anggota biasa) kepada pegawai).
|