Bintang
Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) ini ialah yang tertinggi sekali
dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Di anugerahkan
kepada sesiapa yang menunjukkan keberanian yang paling luar biasa.
PANGLIMA
GAGAH ANGKATAN TENTERA (PGAT)
Darjah
Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Pertama ini dikurniakan kepada Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera. Panglima-Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara.
Pengurniaan kehormat juga boleh diberi kepada Panglima-Panglima Negara
Asing yang setaraf.
PANGLIMA
SETIA ANGKATAN TENTERA (PSAT)
Anugerah
Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Kedua ini dikurniakan kepada
Pegawai-pegawai Angkatan Tentera yang berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf
ke atas serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.
PAHLAWAN
ANGKATAN TENTERA (PAT)
Anugerah
Pahlawan Angkatan Tentera ini adalah Pangkat Ketiga dalam senarai Darjah-darjah
Kepahlawanan Angkatan Tentera. Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Angkatan
Tentera berpangkat Kolonel atau Brigadier Jeneral atau setaraf, serta pegawai-pegawai
tentera asing yang setaraf secara kehormat.
PANGLIMA
GAGAH BERANI (PGB)
Anugerah
ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata dan
telah menunjukkan kegagahan serta keberanian yang luar biasa.
KESATRIA
ANGKATAN TENTERA (KAT)
Pangkat
Keempat dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini dianugerahkan
kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Leftenan Kolonel atau
setaraf dan ke bawah serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara
kehormat.
BENTARA
ANGKATAN TENTERA (BAT)
Pangkat
kelima dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini dianugerahkan
kepada anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia. Anugerah ini
boleh juga dikurniakan kepada anggota angkatan tentera asing yang setaraf
secara kehormat.