|
|
|
MISI PENGAMAN
![]() |
PBB & NATO | ![]() |
Komitmen negara terhadap keamanan sejagat telah membawa ATM ke satu lembaran baru dalam sejarahnya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di atas keyakinannya terhadap keupayaan ATM, telah memberi mandat kepadanya untuk melaksanakan tugas menjaga keamanan di seluruh dunia. Sehingga kini ATM telah terlibat dalam lapan belas misi pengaman di tiga belas buah negara. Penyertaan ATM dalam misi pengaman PBB bermula pada tahun 1960 apabila negara menyahut seruan PBB menyertai operasinya di Congo. Misi ini berakhir pada tahun 1963. Penglibatan ATM bersama PBB seterusnya berlaku kira-kira 28 tahun kemudian iaitu apabila Malaysia menghantar Pemerhati Tentera menyertai Kumpulan Pemerhati Tentera Iran-Iraq (UNIIMOG) pada 20 Ogos 1988. Sejak daripada tarikh itu, ATM boleh dikatakan terlibat dalam hampir semua misi pengaman di kawasan sengketa dunia. Berikut adalah senarai misi PBB yang disertai ATM sejak 1960:
Kumpulan Pemerhati
Tentera Iran-Iraq (UNIIMOG) 1988 - 1991.
Misi Pemerhati
Iraq-Kuwait (UNIKOM) 1991 hingga sekarang.
Pejabat Setiuasaha
Agung PBB di Iraq (UNOSGI) 1991 - 1992.
Misi Pengesahan
Angola II PBB (UNAVEM II) 1991 hingga sekarang
Kumpulan Bantuan
Peralihan PBB di Namibia (UNTAG) 1989 - 1990
Misi Hadapan
PBB di Kampuchea (UNAMIC) 1991 - 1992
Kuasa Peralihan
PBB di Kampuchea (UNTAC) 1992 - 1993
Pasukan Perhubungan
Tentera PBB di Kampuchea (UNMLT) 1993 - 1994
Misi PBB bagi
Referendum di Sahara Barat (MINURSO) 1991 hingga sekarang
Pegawai Perhubungan
Tentera PBB di Yugoslavia (UNMLOY) Feb - April 1992
Operasi PBB
di Somalia (UNOSOM II) 1993 - 1994
Operasi PBB
di Mozambique (ONUMOZ) 1994 hingga sekarang
Pasukan Perlindungan
PBB di Bosnia- Herzegovina (UNPROFOR) 1993-20
Disember 1995
Misi Pemerhati
PBB di Liberia (UNOMIL) 1993 hingga sekarang
Kumpulan Pemerhati
Aouzou Strip PBB (UNASOG) di Chad April - Mei 1994.
Implementation
Force Bosnia-Herzegovina(IFOR) 21 Disember 1995 - 20
Disember 1996.
Stabilization
Force Bosnia-Herzegovina(SFOR) 21 Disember 1996 - 1998.
Di Bosnia, TUDM menghantar beberapa orang pegawai sebagai forward air controller dan dalam RMAF Tactical Control Party untuk berkhidmat bersama pasukan NATO. Selain daripada itu, satu seksyen Mobile Air Movement telah dihantar ke Split, Coatia untuk mengendali kargo dan pergerakan udara pasukan tentera Malaysia di Bosnia-Herzegovina.
Sumbangan ATM dalam misi pengaman di seluruh dunia tidak
dapat dinafikan telah mengharumkan nama ATM dan juga negara. ATM dijangka
akan terus terlibat dengan misi pengaman pada masa-masa akan datang memandangkan
pengalamannya yang luas dan komitmen kerajaan terhadap masyarakat antarabangsa.