U |
UNITED
NATION PROTECTION FORCE
Tentera di Kiseljac, Dubrovnic, Bakavo, Okucani Gunja, Bihaj dan lain-lain. UNPROFOR ditubuhkan untuk
memastikan tiga Kawasaan Perlindungan PBB(United Nations Protected
Area - UNPA) menjadi kawasan bebas tentera serta menentukan semua
penduduk di kawasan tersebut dilindungi daripada ancamaan serangan
bersenjata.Trup pertama Malaysia mula berkhidmat pada Oktober 1993 dengan
996 anggota yang dikenali sebagai MALBATT 1 yang telah diletakkan
di bawah pemerintahan Perancis dan ditempatkan di Konjic, Jablanica dan
Pazaric. Kontinjen TDM sepanjang misi adalah seperti berikut: Semasa perkhidmatan MALBATT I, iaitu pada 19 April 1994, Mej Ramli Shaari telah terkorban ketika membuat rondaan untuk menentukan lokasi periuk api darat. Pada 12 Mei tahun yang sama, Mej Ariffin Zakaria pula terkorban ketika membuat rondaan di Camenica, di timur laut Sarajevo. Kegagalan UNPROFOR mencapai keamanan di BiH menyebabkan PBB mengundur diri dalam bulan Disember 1995. Pengunduran ini digantikan dengan NATO di mana kekuatan MALBATT dipertingkatkan daripada 996 kepada 1533, dan dinamakan semula sebagai MALCON atau First Malaysian Contingent. MALCON I memulakan tugas pada 1 Mac 1996 dan bertugas di BiH sehingga 10 Jun 1996. Tugas MALCON adalah bagi melaksanakan aspek-aspek ketenteraan dalam kawasan tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Keamanan Dayton. |
|
| UNOC |
UNTAG | UNAVEM |
MINURSO | UNOSOM |
UNOMOZ | UNOMIL |