U
N
I
I
M
O
G

U
N
I
I
M
O
G

U
N
I
I
M
O
G

UNITED NATIONS IRAN-IRAQ
MILITARY OBSERVER GROUP
(1988 - 1991)


Misi UNIIMOG dimulakan sejak Ogos 1988 selepas Iran dan Iraq bersetuju untuk mengakhiri peperangan selama 8 tahun dengan gencatan senjata. TDM telah menghantar 3 kumpulan pemerhati tentera ke Iraq mulai Ogos 1988 hingga Februari 1991. Kumpulan pertama pemerhati diketuai oleh Lt Kol Mohd Zahidi Zainuddin yang membabitkan seramai 15 orang pegawai TDM. Kumpulan pertama ini berkhidmat mulai 15 Ogos 1988 hingga 27 Februari 1989.


Kumpulan kedua pula adalah seramai 15 orang pegawai yang diketuai oleh Lt Kol Sulaiman Yusof. Kumpulan ini bertugas mulai 15 Februari 1989 hingga 15 April 1990. Kumpulan terakhir juga melibatkan 15 orang pegawai TDM dan diketuai oleh Lt Kol Abdul Razak Samad. Kumpulan terakhir ini bertugas mulai 11 Februari 1990 hingga 3 Mac 1991.

Setelah tamatnya misi UNIIMOG, PBB telah menubuhkan pejabat Setiausaha Agung PBB di Iraq yang dikenali sebagai 'United Nations Office of the Secretary General in Iraq' (UNOSGI) yang melibatkan 3 orang pemerhati daripada TDM. UNOSGI merupakan kumpulan pentadbir yang terdiri daripada kumpulan pemerhati dari Zambia, Hungary dan Malaysia.





UNOC | UNTAG | UNAVEM | MINURSO | UNOSOM | UNOMOZ | UNOMIL
UNIIMOG | UNIKOM | UNPROFOR
Indeks Misi Pengaman