U N T A C
U N T A C
U N T A C
U
N T A C
U N T A C
U N T A C
U N T A C
U N T A C |
UNITED NATIONS
TRANSITIONAL
AUTHORITY IN CAMBODIA
(1992 - 1994)
|
Misi penghantaran pasukan pengaman
ke Kemboja bermula pada 15 Mac 1992.
Tugas utama pasukan adalah untuk memulihkan keamanan negara Kemboja setelah
musnah akibat perang saudara di antara 4 puak Kemboja yang bertelagah.
|
|
Tiga
tugas utama telah dijalankan serentak dalam misi ini yang dikenali
sebagai:
-
Kumpulan Perhubungan Tentera PBB di Kemboja(United Nations Military
Liaison Team in Cambodia)
(Misi Hadapan PBB di Kemboja(United Nations Advance Mission in Cambodia (UNAMIC)) - 16 Oktober 1991 hingga 15 March 1992. Misi ini bertanggungjawab terhadap
perhubungan(liaison) di antara parti-parti dalam Majlis Tertinggi Negara(SNC)
dan melaksanakan persediaan penempatan awal UNTAC. SNC adalah pakatan
yang berfungsi mengambil alih kuasa pentadbiran sementara Kemboja sehingga penubuhan kerajaan
baru melalui pilihanraya umum dijalankan. TD mempunyai 2 x Mej dalam misi
ini.
Kuasa Peralihan PBB di Kemboja(United Nations Transitional Authority in Cambodia
(UNTAC)) - 15 March 1992 hingga September 1993 - ditubuh untuk menjadi
pentadbir semasa peralihan kuasa.
Misi-misi ini melibatkan tugas mengawasi gencatan senjata,
memberi perlindungan kepada 500,000 pelarian, memerhatikan kestabilan
keselamatan, membuat perhubungan dan laporan kepada Majlis Keselamatan
PBB serta mengendalikan pilihanraya di kawasan tanggungjawab. TDM menghantar
kontinjen yang terdiri daripada Batalion Malaysia(MALBATT),
staf Markas UNTAC, pemerhati tentera dan detasmen Polis Tentera. Pasukan
yang terlibat adalah seperti berikut:
- MALBATT I yang berkhidmat mulai 16 Mac 1992 hingga 4
Julai 1993. Pasukan ini diketuai oleh Kol Mohamad Arshad Mohamad Raji. Batalion yang terlibat ialah 1 Rejimen Renjer
Diraja di bawah pemerintahan Lt Kol Goh Ah Bah.
- MALBATT II berkhidmat mulai 5 Julai 1993 hingga 4 November 1993 dan
diketuai oleh Kol Zamri Ismail. Batalion yang dihantar ialah 11 RAMD yang
diperintah oleh Lt Kol Anuar.
Bagi tugas staf pula, seramai 7 pegawai tentera dan 3 anggota LLP
ditugaskan di Markas UNTAC. Pasukan ini diketuai
oleh Kol Mohd Aris Salim. Pemerhati tentera pula diketuai oleh Lt Kol
Soo Ah Chai dan melibatkan seramai 29 pegawai. Detasmen polis
tentera seramai 25 orang pegawai dan LLP diketuai oleh Kapt Adam Marsidi.
Dalam tempoh misi ini dijalankan, TDM telah berjaya melaksanakan tugas
dengan cemerlang semasa pilihanraya iaitu di Sektor Battambang di mana pasukan TDM berjaya mengendalikan 4.7 juta penduduk yang keluar mengundi.
|