![]() | MISI TDM DI BAWAH NATO |
![]() |
Pada bulan Januari 1996, Malaysia telah diterima untuk bertugas di Bosnia-Herzegovina di bawah NATO. Dengan penerimaan ini MALBAT (semasa di bawah UNPROFOR) ditempatkan semula dari kawasan Konjic ke Livno, Glamoc dan Kupres pada bulan Februari 1996. Setelah berpindah ke kawasan operasi baru MALCON I diletakkan pada status operasi pada 1 Mac 1996. Kumpulan terakhir MALCON IV telah berlepas ke Bosnia Herzegovina pada 27 Jun 1997. |
Tarikh penglibatan MALCON adalah seperti di bawah: | ![]() |
TUGAS MALCON
Mewujudkan dan mengekalkan perhubungan dengan pemerintah pasukan yang bertelagah dalam kawasan tanggungjawab. | |
| Mengawal dan menyelia penghantaran dan storan dalam program 'TRAIN AND EQUIP'. | |
| Memeriksa senjata, bahan letupan dan kem-kem penempatan HVO. | |
| Menentukan keselamatan kebebasan bergerak di semua jalanraya dalam kawasan tanggungjawab. | |
| Mengadakan rondaan meliputi kawasan-kawasan utama. | |
| Memerhati segala pergerakan keluar masuk antara Federation BiH dan Republika Srpska(RS). | |
| Mengawasi dan melaporkan kemajuan tindakan meronda kawasan periuk api. | |
| Menjalankan latihan. | |
| Mewujudkan kesedaran ancaman periuk api. | |
| Melaksanakan kempen jiwa murni. | |
| Memberi bantuan kepada Pasukan Petugas Polis Antarabangsa (IPTF) dan Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, polis tempatan dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGOs) apabila diperlukan. |