PENGENALAN
Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) merupakan institusi pengajian kedua tertinggi di dalam Angkatan Tentera. Maktab yang terletak di Haigate, Kuala Lumpur adalah berdekatan dengan Komplek Kementerian Pertahanan. Ia yang ditubuhkan pada 1971 dengan matlamat utama untuk melatih pegawai-pegawai yang terpilih untuk memenuhi keperluan pegawai staf yang terlatih dari Tentera Darat, Laut dan Udara. Maktab memulakan kursus pertamanya pada Januari 1972 dengan 30 siswa dari ketiga-tiga perkhidmatan. Bilangan penuntut bertambah pada tahun berikutnya dengan penyertaan siswa dari Polis DiRaja Malaysia dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Penyertaan siswa dari luar negara bermula pada 1974 dan seterusnya bertambah dari tahun ke setahun.
Sebagai tambahan kepada pembelajaran ketenteraan, Maktab juga telah melaksanakan program berkembar lepasan ijazah iaitu Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dengan Universiti Malaya (UM) - Fakulti Sastera dan Sains Sosial semenjak 1995. Dengan itu siswa-siswa yang berjaya menamat kursus akan menerima `Lulus Maktab Turus’ dari MTAT di samping Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari UM.
MISI MAKTAB
Misi Maktab ialah untuk melaksanakan Kursus Staf dan Pemerintahan bertujuan mempertingkatkan keupayaan intelek dan kemampuan menganalisis bagi pegawai-pegwai tentera yang terpilih supaya mereka mempunyai kefahaman yang kompehensif dalam menjalankan tugas operasi dan pengurusan sumber-sumber perkhidmatan agar bersedia:
Pengenalan | Kurikulum |
Program Berkembar
Pencapaian |
Institusi Latihan ATM