LATAR BELAKANG
Aspirasi
untuk menubuhkan Muzium Angkatan Tentera bermula sejak awal tahun 1950
- an lagi. Walaubagaipun, pengumpulan bahan koleksi muzium hanya dimulakan
pada tahun 1961 atas galakan Panglima Angkatan Tentera yang pertama Jeneral
Tunku Osman bin Tunku Mohd Jewa. Mulai saat itu usaha-usaha membangunkan
muzium telah dijalankan oleh semua Panglima Angkatan Tentera (PAT) selepasnya.
Berek lama "The Wade Wing" telah dijadikan sebagai bangunan pertama muzium.
Pada tahun 1976muzium telah
berpindah ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi untuk membolehkan pembinaan
bangunan baru Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). Kemudiannya, muzium berpindahke
sebuah rumah keluarga di KEMENTAH pada tahun 1981 dan selepas itu berpindah
ke lokasi sekarang pada tahun 1985. Muzium ditadbirkan oleh satu lembaga
yang mewakili semua departmen tentera di KEMENTAH dan seorang ahli awam.
PAT menjadi penaung dan beliau melantik seorang pengerusi.
KEMBALI KEMUKA HADAPAN