 |
Pegawai Kadet
- Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat pangkat 1 atau 2.
- Kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Rampaian Sains(atau lulus Fizik atau
Kimia).
Pegawai Kadet ATMA
- Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat pangkat 1 atau 2.
- Kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan 3
mata pelajaran lain yang telah ditetapkan oleh Universiti Teknologi Malaysia
mengikut bidang pengajian tertentu. (Pengajian di ATMA terbahagi kepada pengajian akademik hingga ke peringkat
Ijazah(Kejuruteraan/Sains/Teknologi) dan latihan ketenteraan).
Pegawai Graduan
- Memiliki Ijazah/Diploma dalam sebarang jurusan yang
diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.
Pegawai Tugas Ikhtisas
- Memiliki kelulusan seperti yang dinyatakan di bawah dan mendapat kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.
Kejuruteraan
- Ijazah Kejuruteraan Awam
- Ijazah Kejuruteraan Elektrik
- Ijazah Kejuruteraan Pengeluaran
- Ijazah Kejuruteraan Ukur Bahan
- Ijazah Kejuruteraan Jentera
- Ijazah Kejuruteraan Elektronik
- Ijazah Kejuruteraan Senibina
- Ijazah Kejuruteraan Komputer
Perubatan/Pergigian/Veterinar/Farmasi
- Ijazah Doktor Perubatan
- Ijazah Perubatan Veterinar
- Ijazah Doktor Pergigian
- Ijazah Farmasi
Pelajaran
- Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan (Kepujian atau Am)
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau Am) serta Diploma Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda(Kepujian atau Am) di dalam bidang yang bersesuaian
KAGAT
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau Am) dalam Ilmu Pengajian Islam
Askar Laskar
|