Bahagian Komunikasi dan Elektronik (Cawangan
Bantuan Khidmat-Komlek) Tingkat 8, Angkatan Tentera Malaysia, Wisma Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur.
Website
Content Copyright @ 2001-2002. MATM by Administrator. All Rights Reserved
Bertanggungjawab dalam
tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas
koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.
PERANAN
Bahagian ini berperanan untuk memberi kemudahan komunikasi termasuk penghantaran
persuratan/utusan ATM secara efektif dan efisien disamping menyelaraskan hal-hal
elektronik, komputer, pengurusan maklumat ATM, peperangan elektronik dan informasi.
BIDANG TUGAS
KOMLEK bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut :
- Menyelaras semua aspek sistem komunikasi dan elektronik bantuan pemerintahan
dan kawalan dalam melaksanakan operasi latihan.
- Menggubal dan mengemaskini dasar, doktrin dan prosedur komunikasi dan elektronik
peperangan dan latihan bersama serta gabungan.
- Merancang dan menyelaraskan pembangunan aset serta prosedur peperangan elektronik
dan informasi ATM termasuk penyediaan doktrin, pangkalan data dan penyeragaman
sistem dan prosedur KESKOM serta kriptografi.
- Menentukan penyeragaman semua aspek elektronik dan teknologi alat-alat komunikasi
dan elektronik termasuk alat-alat radar dan pengesan menerusi piawaian untuk
mewujudkan 'inter-operability'.
- Mengurus semua sistem komunikasi strategik dan perhubungan trunk, termasuk
sistem P4 dan telefon.
- Mengkoordinasi dan membangunkan sistem maklumat pengurusan ATM.
- Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta berhubungkait dengan
hal-hal komunikasi dan elektronik bagi kepentingan ATM.
- Menyelaraskan pengurusan dan pelaksanaan fungsi Lembaga Perhubungan Pertahanan
(Defence Signal Board).
- Bekerjasama dengan negara-negara sahabat keatas semua aspek komunikasi dan
elektronik bagi kepentingan bersama, melalui Kelompok Kerja dan Jawatankuasa
Kecil.
- Wakil ATM dalam 'Frequency Assignment Committee Singapore, Malaysia
and Brunei' (FACSMAB).
- Wakil ATM dalam 'Telecommunication Coordinating Committee'
(TTC).
- Menyelaraskan semua pembangunan dan pengurusan Sistem Komputer ATM, termasuk
sebagai ahli tetap kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat KEMENTAH.