Bahagian Komunikasi dan Elektronik (Cawangan
Bantuan Khidmat-Komlek) Tingkat 8, Angkatan Tentera Malaysia, Wisma Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur.
Website
Content Copyright @ 2001-2002. MATM by Administrator. All Rights Reserved
Bertanggungjawab dalam
tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas
koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.
Perkhidmatan Kesihatan mempunyai peranan 3 perkhidmatan iaitu
perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara.
- Organisasi Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada :
- Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Medan, Markas
Divisyen,Markas Briged dan Batalion dan Rejimen.
- Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
OBJEKTIF
- Memelihara kekuatan tempur Angkatan Tentera Malaysia.
PERANAN
Peranan Perkhidmatan Kesihatan ATM adalah:
- Promosi dan Pengekalan Kesihatan.
- Mencegah kejadian penyakit.
- Menjaga, Merawat dan Rehabilitasi yang cedera dan sakit.
ORGANISASI
Carta organisasi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan adalah seperti berikut:
WAWASAN
Wawasan Kor dan Perkhidmatan Kesihatan ATM adalah:
Bahawasanya Kor dan Perkhidmatan Kesihatan ATM adalah komited untuk
memandang sekitaran penjagaan kesihatan berkualiti dan cemerlang dimana:
- Semua yang diamanahkan penjagaan kepada kita dengan bangga
memandang Perubatan Tentera sebagai sumber pilihan penjagaan
kesihatan mereka.
- Ahli profesional penjagaan kesihatan memandang Perubatan Tentera
sebagai wadah yang lebih baik untuk mencapai perkembangan dan
kepuasan iktisas mereka.
- Organisasi penjagaan kesihatan memandang Perkhidmatan Kesihatan
ATM sebagai contoh kecemerlangan.
- Pemerintah formasi dan medan memandang Perkhidmatan Kesihatan ATM
sebagai berkebolehan memberi penjagaan kesihatan yang optimum,
cepat dan menyeluruh kepada tentera mereka dalam
masa aman dan perang.
- Warga Kor dan Perkhidmatan Kesihatan kita sendiri memandang diri kita
sebagai warga berharga kumpulan penjaga kesihatan terbaik negara.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI PERUBATAN/PERGIGIAN UNTUK MEMASUKI PERKHIDMATAN
KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Umur - berumur kurang dari 30 tahun pada waktu permohonan
dibuat. Walaubagaimana pun kalau telah melebihi 30 tahun
tetapi, masih dibawah umur 40 tahun boleh dipertimbangkan.
- Taraf Kesihatan - Mestilah cukup sihat untuk menjalani perkhidmatan
tentera.
- Lulus dalam Bahasa Malaysia diperingkat SPM/MCE/OSC.
- Mestilah lulus tapisan keselamatan.
- Memiliki ijazah dalam Ilmu Perubatan/Pergigian daripada universiti
tempatan atau kelayakan perubatan/pergigian yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia/Majlis Pergigian
Malaysia.
GAJI DAN ELAUN
- Gaji dibayar mengikut kelulusan dan kelayakan serta pangkat yang disandang.
- Kemudahan elaun adalah seperti berikut:
- Kepakaran yang diiktiraf (sekiranya ada).
- Elaun jika tiada peruntukan perumahan.
- Lain-lain elaun yang layak.
PELBAGAI
- Kursus kepakaran.
Kursus kepakaran akan dipertimbangkan sekiranya mempunyai
syarat-syarat yang dikenakan.
- Had Tamat Perkhidmatan.
Mengikut tarikh tamat perkhidmatan (TTP).
- Pencen, gaji dan lain-lain faedah.
Dibayar kepada pegawai yang dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- Tatatertib.
Adalah tertakluk kepada peraturan tatatertib dan undang-undang Angkatan
Tentera.